Thursday 11 August 2016

ASISS

Surat makluman Anugerah Surau Imarah Sekolah-sekolah (ASISS) KPM tahun 2016



1.     Surat Makluman
2.     Panduan Pelaksanaan
3.     Syarat dan Peraturan Pertandingan
4.     Instrument Penilaian
      5.     Borang-borang berkaitan

Download Semua Dokumen Di Sini

Monday 1 February 2016

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah
SKPP5 (1)

1.         Nama Program        : Majlis Sambutan Maulidur Rasul

2.         Tarikh                          : 29 Januari 2016

3.         Hari / Masa               : Jumaat / 7.30 – 8.40 pagi

4.         Tempat                      : Dataran Perhimpunan dan Sekitar SKPP5(1)

5.         Objektif                      : 
1. Mendidik murid mengenali dan mencintai Rasulullah s.a.w.
2. Mentarbiyah murid beramal dengan sunnah Rasulullah s.a.w.
3. Melahirkan kecintaan terhadap Nabi dengan sentiasa berselawat kepada Rasulullah saw.
4. Melahirkan kerjasama dikalangan murid dalam merealisasikan aktiviti sekolah.

6.         Sasaran                      : Warga SKPP5(1)

7.         Butiran aktiviti           : 
                        7.20 : Kehadiran murid (berkumpul di dataran perhimpunan SKPP5(1)
                        7.30 : Pembudayaan Al-Quran
                        7.45 : Ucapan perasmian oleh Guru Besar ( Puan Rohani bt. Hj. Ahmad)
                        8.00 : Penyampaian Tokoh Maulidur Rasul SKPP5(1) 2016
                        8.10 : Ceramah ‘Cinta Nabi’
                        8.20 : Taklimat Perarakan
                        8.25 : Perarakan dan Selawat Nabi

8.         Penilaian Program   :

            8.1 Kekuatan Program        :                       
1.    Tentatif program telah dapat dilaksanakan sebaiknya oleh warga SKPP5(1)
2.    Disiplin murid terkawal dengan kawalan guru-guru
3.    Keadaan cuaca yang baik melancarkan lagi perjalanan majlis.
4.    Kerjasama yang baik dari guru-guru serta murid-murid.

            8.2 Kelemahan Program    :                       
1.    Jarak perarakan agak pendek dan sekejap
2.    Kurang aktiviti penglibatan murid untuk melahirkan kreativiti dan aktiviti menarik untuk penghayatan terhadap sambutan Maulid Nabi.

            8.3 Cadangan Penambahbaikan :
1.      Penambahbaikan pada perancangan perjalanan ketika berselawat. Jarak yang lebih supaya murid lebih menjiwai selawat.
2.   Diadakan pertandingan sepanduk untuk mencungkil bakat dan melahirkan murid yang kreatif dalam seni khat atau tulisan jawi.

9.         Dokumentasi Bergambar   :

Taklimat Perarakan oleh Ust. Mohd Hakimi B. Ali

Sepanduk Maulidurrasul

Pelepasan Perarakan Murid Tahap 2 dan diikuti oleh Murid Tahap 1


Friday 29 January 2016

Pembudayaan Al-Quran

Pembudayaan Al-Quran


1.         Nama Program        : Pembudayaan Al-Quran

2.         Tarikh                          : Setiap Jumaat

3.         Hari / Masa               : Jumaat / 7.20 – 7.40 pagi

4.         Tempat                      : Dewan / Dataran Perhimpunan SKPP5 (1)

5.         Objektif                      : Melahirkan generasi Al-Quran yang beriman, bertaqwa,
berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab serta menguasai kemahiran-kemahiran insaniah dan akademik dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

6.         Sasaran                      : Warga SKPP 5 (1)

7.         Butiran aktiviti           : ( Jumaat minggu pertama – bacaan Yassin / Jumaat
minggu ke-2, 3 dan 4 – bacaan surah Al-Kahfi)

                                                7.20 : Kehadiran murid dan guru
                                                7.25 : Pembudayaan Al-Quran
                                                                        1. Bacaan Al-Fatihah
                                                                        2. Doa pagi
                                                                        3. Asmaulhusna
                                                                        4. Bacaan Surah                 

8.         Penilaian Program   :

            8.1 Kekuatan Program        :
1.    Tentatif program telah dapat dilaksanakan sebaiknya oleh warga SKPP5 (1)
2.    Disiplin murid terkawal dengan kawalan guru-guru
3.   Murid lebih lancar membaca setelah dibiasakan bacaan-bacaan tersebut.
4.    Murid didedahkan dengan bacaan-bacaan sunat hari Jumaat dan penghayatan Islam.
5.    Kerjasama yang baik dari guru-guru serta murid-murid.

            8.2 Kelemahan Program    :
1.    Kurang edaran kepada murid
2.    Kehadiran murid lewat

            8.3 Cadangan Penambahbaikan :
1.      Perbanyakkan bahan edaran kepada murid supaya semua murid dapat membaca dengan betul tanpa tayangan ‘slide’
2.      Menyediakan 1 aktiviti sebagai daya penarik murid hadir awal ke sekolah

9.         Dokumentasi Bergambar   :

Edaran kepada murid

Murid Tahap 2

 Murid Tahap 1